ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Zuxce.blogspot.com...

Monday, May 31, 2010

..::tips cinta::..



1. Rasa percaya : Bukan bermakna 100% percaya membuta tuli tapi boleh dipercayai saat si dia susah atau senang, kamu ada di sisinya. Rasa percaya antara kamu terutamanya jika kamu berhubungan dalam jarak jauh adalah kunci kekalnya hubungan antara kamu.
2. Setia : Ini penting! Ramai perempuan berasa diri mereka dalam keadaan tidak selamat jika kamu mula menunjukkan tanda-tanda nakal dengan melihat perempuan lain etc. Percayakanlah dia bahawa kamu sememangnya untuk dia.
3. Melindungi dia bukan mengawal : Pasti kamu tak mahu digelar sebagai King Control kan? Maksud melindungi di sini ialah membiarkan dia membuat keputusan bukan kamu menentukan apa yang perlu dia lakukan. Sokong dan lindungilah dia atas keputusan yang dibuat.
4. Sense of humour : Rasa lucu dalam sesuatu hubungan sangatlah penting. Jangan jadi robot Kalau kamu sekadar jadi pak pacak dan si dia si tunggul, tak kemana hubungan kamu. Ambillah inisiatif untuk ceriakan hubungan kamu. 70% wanita memilih lelaki yang berperwatakan lucu berbanding mereka yang tidak. Berikan dia senyuman seikhlas hati kamu.
5. Best listener : Lumrah kebanyakan perempuan akan bercakap lebih daripada lelaki. Maka, jadilah pendengar yang baik saat dia berbicara. Berikanlah pandangan kamu seikhlas mungkin. Dia akan rasa selesa dengan kamu dengan cara ini. Malah, dia akan merindukan kamu jika tidak dapat bercerita dengan kamu. (pengalaman sendiri nie.. ) :)
6. Sentiasa ada untuk dia : Hubungan kamu dan si dia bukan sekadar semasa senang sahaja bukan? Sentiasalah ada untuk dia ketika susah dan senang. Sentiasalah ada saat dia memerlukan kamu terutamanya ketika si dia kesedihan. Sekurang-kurangnya dia tidak berasa dirinya keseorangan dalam masalah/kesedihan.
7. Sentiasa lakukan perubahan : Hubungan yang statik akan memberi kebosanan. Apa kata kamu lakukan kejutan buat si dia sekali-sekala. Contohnya dengan memberikan kad yang kamu buat sendiri, menyanyikan lagu untuk si dia sebelum tidur etc.
8. Jujur : Kebanyakan perempuan mahu dia menjadi keutamaan kamu dalam banyak hal. Maka, jujurlah dengan apa yang terjadi kepada diri kamu dan hubungan kamu berdua. Jangan biarkan dia mendengar kisah daripada orang lain dalam versi yang berbeza daripada yang sepatutnya.
9. Jangan menghukum : Jika terjadinya pertengkaran antara kamu, jangan menghukum terlebih dahulu. Atas rasa sakit hati lalu kamu mula saling menghukum antara kamu atas sesuatu perkara. Bertolak-ansurlah.. Meminta maaf akan menjernihkan keadaan.
10. Ego : Kamu dan dia sama-sama ada ego. Namun jangan biarkan perasaan ego menganggu hubungan kamu dan si dia. Sesekali lupakan ego kamu akan menjadikan keadaan semakin baik.

No comments: