ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Zuxce.blogspot.com...

Friday, April 16, 2010

..::Terimalah Kekurangan Suami Seadanya ::..


Seorang isteri mengadu begini kepada saya,” Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI’. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata “NO MAN IS PERFECT”.

..::Tanda Anda Gagal Memuaskan Isteri::..


Entry ni khas untuk para suami.. Perhatikan isteri anda dan tolong fahami permasalahan batin mereka ..

Berikut adalah tanda2 *ISTERI TAK PUAS*

1. Mukanya ditumbuhi jerawat.
2. Garang semacam seperti maki pada anak anak dan suami.
3. Tiada motivasi.
4. Kuat cemburu.
5. Suka perhiasan emas banyak (alternatif hiburkan diri).
6. Suka menyibukkan diri dengan benda lain.
7. Malas nak bergaya depan suami.
8. Malas nak layan suami.
9. Mudah pening.
10. Suka tidur siang.

Berikut tanda2 *ISTERI CUKUP PUAS*

1. Mukanya berseri-seri.
2. Jadi lembut dan mesra.
3. Bermotivasi dalam hubungan.
4 . Kurang cemburu.
5. Tidak suka perhiasan emas banyak.
6. Suka menyibukkan diri bersama suami dan anak2.
7. Suka goda suami.
8. Suka layan suami.
9. Cergas.
10. Susah tidur siang.

Berikut tanda2 *ISTERI TERLEBIH PUAS*

1. Mukanya berseri seri dan ceria.
2. Jadi lembut dan mesra serta sopan.
3. Bermotivasi tinggi.
4. Anda akan disuruh kahwin lagi. (setuju poligami).
5. Benci melihat emas banyak atau perhiasan.
6. Badannya kurang bermaya.
7. Suka goda suami.
8. Suka layan suami.
9. Asyik keletihan.
10. Senang tidur siang.

Tuesday, April 13, 2010

..::Andainya perempuan Tahu::..


1. Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat terhadap pasangan terutamanya orang yang disayanginya [ prihatin ]
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik, tetapi cukup dEngan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi, dimiliki oleh wanita itu. malah lelaki juga boleh menyUkai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi emosi, minat, pemikiran, tingkahlaku, dan sebagainya.
3. Lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar seseorang wanita, maka bantulah mereka untuk petunjuk bahawa wanita itu menyukainya.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik, sekiranya bahasa yang digunakan itu tidak menyakiti hati mereka.
5. Lelaki cuba untuk menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita, sebab itulah mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton rancangan 'baywatch' atau mencuci mata di tepi pantai atau kolam renang.
7. Kebanyakkan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingi mengajak wanita keluar kali pertama
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Apabila lelaki bercakap " Emm....tengoklah dulu"..itu sering kali bermaksud dia tidak atau kurang bersetuju.
10. Apabila lelaki bercakap " direct to the point" dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita itu memahaminya akan maksudnya itu.
11. Adalah biasa lelaki itu cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain atau pun memberatkan kawan2, terutamanya kalau wanita itu kekasihnya.
12. Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya tentang wanita dari perpustakaan atau buku semata2. Oleh itu lelaki selalu keliru dengan sikap wanita dan tidak faham kenapa wanita bersikap begitu dan begini. kadang-kala lelaki perlu mengetahui lebih memdalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
13. Jangan berahsia terhadap pasangan anda, kerana lelaki lebih suka wanita berterus terang dalam hal perhubungan supaya ia tidak memburukkan keadaan.
14. Bukan senang untuk melihat air mata lelaki...jikalau air mata lelaki jatuh di sebabkan wanita... tahniah!!!!
15. Lelaki paling suka jika wanita......menerimanya seadanya apa yang dimilikinya.

..::30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu::..


♥CINTA♥


Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Sunday, April 11, 2010

..::cinta suci atau cinta sejati::..


Cinta yang lahir dari pandang pertama
adalah cinta suci, manakala perasaan
cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan
adalah cinta sejati. Namun sukar untuk
membezakan yg mana lebih abadi,

disaat kita amat memerlukannya.

Kadangkala kita menyedari betapa
dalamnya kita menyintai seseorang,
disaat kita sedang kehilangannya.
Dan kadangkala kita juga menyedari
betapa perlunya cinta seseorg terhadap
kita,

Persahabatan biasanya berakhir dengan
percintaan tetapi percintaan tidak
pernah berakhir dengan persahabatan.
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari
dua perasaan, kehadirannya tidak diundang,
perginya tiada yang merelakan kerana
ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Cinta yang datang umpama pelangi
ceria dengan 7 warna memukau saat
bayu berlagu riang, tika itulah
cintanya hadir. Apabila mata terlihat
seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit di dada.
Cinta yang di semadikan tidak mungkin
layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi
ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah
bertukar haluan selagi esok masih ada.

Gerak geri memberi pengertian kepada
perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
tiba-tiba perasaan malu itu menjadi
hilang dengan sendirinya dan terpaksa
menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa
anda telah jatuh cinta.

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh
cinta tapi bila perasaan menjadi rindu
padanya,

Cinta seumpama kota kristal indah
di penglihatan derita di perasaan.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah
sebuah cinta? Andai kata derita itu
harga sebuah cinta, mengapa cinta itu
semakin sukar dimiliki?
jom santai ...kita cakap pasal
Perkara Tentang Cinta