SELALUNYA orang lelaki yang sering membicarakan tentang bentuk tubuh perempuan yang
menarik minat seseorang lelaki itu. Masing-masing punya pendapat sendiri. BAGAIMANA DENGAN ANDA???.
Ada yang menganggap rambut adalah aset paling utama bagi seseorang wanita yang mampu menarik perhatian mereka. Tapi kebanyakannya menyukai bahagian-bahagian yang dianggap seksi dan menghairahkan seperti punggung dan dada wanita!!! Fuyoooooo!!! but not all !!!!! Tetapi memang bahagian itu yang sering menjadi intipan mata nakal mereka!!!
Berbalik kepada soal bentuk tubuh wanita yang digemari oleh lelaki, tapi bagaimana pula dengan wanita??
Sebenarnya wanita juga punya tarikan kuat terhadap mana-mana bahagian tubuh lelaki! Cuma bezanya nak dikatakan disini mereka jarang nak berbicara secara terbuka. Kalau dikalangan mereka, topix ini tetap menjadi salah satu topix yang hangat dibicarakan (Ada Betui kahhh??)
Jangan terperanjat juga, minat mereka itu berbeza dengan kaum lelaki! . Cuba tanya kepada mana mana gadis maupun emak-emak gadisbahagian lelaki yang mereka sukaiermmm..shhyyyyy.Pasti ada yang mengatakan mereka ini sukakan bahagian bahu ataupun punggung lelaki!!!Wahhh dooohh wahhh dooohhhh..! mesti mereka akan berkata macam nie”Fuyooooo!!! cantiknya badan dia!! sampai tak teringat ada orang kat sebelah..terpancul berkata-kata Bagi Aku lelaki yang punyai badan sasa itu adalah palign seksi
Ahaaaa!!!! Tahukah anda bahawa sebenarnya berdasarkan minat gadis, maupun sesiapa pun yang bergelar wanita, dibahagian tertentu tubuh lelaki, sikap seseorang itu boleh diselidik? Betul ker? Nak tahu? Rasanya masih ramai dikalangan anda yang tak tahu kan termasuklah para emak-emak gadis. Anda hanya tahu minat saja tapi tak tahu rahsia disebaliknya..JADI..Bacalah artikel ini sehingga habis untuk mengetahuinya..
Tak dinafikan, ada orang yang suka bahagian perut lelaki tak kira sama ada lelaki itu berperut RATA dan KEMPIS ataupun BOROI!! Alah! TASTE manusia ni kan tak sama dan bermacam-macam. Apa nak dihairankan?? Apa sikap seseorang itu yang menggemari tubuh lelaki dibahagian ini?
Menurut seorang pakar terapi seks dari bahan bacaan saya iaitu Dr Ava cadell, seseorang yang menyukai bahagian tengah tubuh lelaki ini melambangkan seorang yang ingin menguasai si lelaki. Mereka juga seorang yang suka dan inginkan diri mereka menjdi fokus utama si Dia. Pendek kata, mereka ingin diri mereka dianggap segala-galanya bagi lelaki itu!..Keburukannya, sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak teragak-agak untuk berpaling tadah dan meninggalkan lelaki ituAwwwwwwW!! Hai jangan lah gitutak elok naaaakesian si Dia.!
RAHSIA BAHAGIAN PEHA
Sama seperti lelaki, perempuan juga memuja lelaki yang bertubuh cantik. Jadi sudah tentu mereka yang berpotongan V, menjadi pilihan !..Mereka yang menggemari bahagian peha lelaki yang pejal melambangkan bahawa meraka itu sukakan kehidupan yang mencabar dan gemar berkongsi aktiviti mencabar dengan si Dia.Dalam hal ini kebarangkalain anda juga sukakan kejutan didalam kehidupan sendiri.
RAHSIA BAHAGIAN DADA
Rata-rata perempuan sukakkan dada lelaki yang bidang. Yealah, kekononnya boleh dijadikan tempat sandaran yan g selesa!..(tanya pada hudhud.. naa). Ada yang menggemari lelaki dada berbulu dan ada yang sebaliknya (taste memasing gaaaakkk). Terpulang kepada diri individu itu sendiri. Apakah sikap seseorang yang menyukai bahagian tubuh ini? Mari kita lihat?..Mereka dikatakan seorang yang manja dan mengharapkan lelaki yang mendampingi mereka itu boleh bertindak sebagai pelindung kepada yang boleh membuatkan diri mereka rasa selamat bila berada disisinya. Menurut pakar, perempuan yang mneyukai bahagian ini lebih mementingkan kestabilan hidup bernabding dengan seks bila berkahwin nanti. Sekiranya mereka tertarik pada jejaka yang berbulu dada, bermakna mereka inginkan lelaki yang bersifat Kejantanan dan sekiranya dada tanpa bulu, mereka lebih sukakkan lelaki bersifat agak keanak-anakkanFusssss
RAHSIA BAHAGIAN TANGAN YANG SASA
Tangan yang kasar dan sasa itu mempunyai tarikan yang tersendiri. Bagi seseorang perempuan yang meminati bahagian tangan lelaki, bermakna mereka itu meminati lelaki yang boleh diharapkan dan mereka suka bergantung kepada lelaki itu di dalam hidup mereka nanti..
RAHSIA BAHAGIAN BIBIR
Bibir lelaki juga mempunyai tarikan tersendiri bagi seseorang perempuan. Menurut pakar, hanya menerusi bibir, Personaliti lelaki itu juga boleh diketahui. Misalnya sekiranya bibir dibahagian bawah agak menonjol sedikit, ia memberikan gambaran bahawa lelaki itu seorang yang sensitif dan prihatin terhadap perasaan orang sekelililing meraka. Namun secara amnya, bagi seorang perempuan yang menyukai bibir seseorang lelaki melambangkan bahawa dia mementingkan komunikasi didalam perhubungan. Tiap apa juga yang berlaku, mereka lebih suka berterus terang. Jejaka yang mampu menarik minat mereka sudah tentunya lelaki yang senantiasa mencuba untuk memahami mereka.
RAHSIA BAHAGIAN BAHU DAN LENGAN
Bahagian bahu dan lengan adalah antara bahagian yang paling diminati oleh golongan sesorang wanita itu apabila melihat susuk tubuh seseorang jejaka. Menurut pakar dari bahan bacaan saya, bahu yang lebar dan tegap adalah sama tarikan dengan saiz payu dara seseorang perempuan. Seperti juga dada, bagi perempuan, bahu memberikan perasaan selamat kepada sesorang perempuan bila tangan tegap dan kukuh itu melingkari tubuh mereka.(18SX)
RAHSIA BAHAGIAN PUNGGUNG
Pehhh!! Jangan tak CAYA!! itulah hakikatnya. Jikamana lelaki sukakan punggung perempuan, apa kurangnya perempuan. Bahagian punggung yang pejal dan cantik menjdi perhatian perempuan. Malah ada yang mendakwa kononnya, sekacak manapun lelaki itu jika tidak punyai punggung yang cantik seolah-olah akan HILANG sedikit kekacakan meraka Macam itu sekaliissssiisssss Apapun, perempuan yang meminati bahagian penuh KONTROVERSI ini seorang yang senantiasa ceria dan inginkan perhubungan yang penuh dengan keseronokan biarpun perhubungan itu mungkin tidak berpanjangan. Selain itu, mereka juga seorang yang terbuka dan suka suatu yang mencabarWoooowwwwW!!!
Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.
Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.
Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.
“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.
Earth hand
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.
Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.
Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.
Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.
Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan ‘menenggelamkan’ dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.