ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Zuxce.blogspot.com...

Sunday, May 16, 2010

..::istimewanya seorang wanita di sisi suami::..


Wanita adalah ciptaan Allah yang banyak keistimewaanya dan tetapi banyak juga bahayanya juga kerana ia akan mendatangkan ancaman bila bersama dengan lelaki dan juga godaannya juga dapat meruntuhkan Iman seseorang lelaki itu.

Walaupun begitu wanita ini memang diciptakan dengan sifat kelembutan dan manjanya kerana mereka yang akan menjadi teman akrab kepada si lelaki yang sememangnya menjadi fitrah manusia itu sebagaimana Allah SWT menciptakan Hawa dikala melihat Nadi Allah a.s kelihatan kesunyian dan menginginkan teman.

Sudah menjadi sifat kaum hawa bila dikaitkan dengan pembebelan walaupun ada didalam kalangan mereka itu sememangnya pendiam tetapi ia tidak boleh lari dari fitrah nya seorang perempuan itu suka bercakap banyak. Banyak jenaka yang menceritakan bila si perempuan membebel boleh siap sebuah skrip untuk satu episod drama, itulah gambaran yang diberikan sewaktu si isteri ataupun emak membebel.

Apabila ditanya kepada kaum hawa, mereka sedar akan perkara ini dan ia adalah perkara biasa bagi mereka, sebab itulah bila kita melihat kaum wanita ini berkumpul keadaan menjadi meriah tidak kiralah dari generasi muda atau veteren, mereka tidak lenguh selagi cerita itu pendapat sambutan dan ditambah-tambah oleh teman-teman yang lain.

Dalam kes rumahtangga antara yang bercerai ialah kerana si suami tidak tahan dengan isterinya yang suka sangat berleter. Mungkin kita tidak boleh salahkan mereka kerana mungkin si suami memang jenis mudah serabut dan si isterinya pula suka sangat membebel pantang buat salah skit dan kes ini bukan kepada semua wanita.

Di dalam rumah tangga, Allah SWT telah berfitman yang bermaksud :"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Manakala baginda Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud : "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muza! him, isteri Firaun."(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Disini ingin pula dibawa kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

"Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."

Firman Allah,sabda baginda dan kisah para sahabat diatas merupakan gambaran suasana dirumah tangga yang menyuruh si suami banyakkan bersabar dan melayan kerenah isteri serta tegurlah dengan baik dan jangan memendam perasaan kerana diakhir nanti akan meletup lalu terus melafazkan cerai dengan tidak memikirkan kesannya.

Akan tetapi disini tidaklah bermaksud, si isteri boleh buat pelbagai kerenah dan juga terus membebel sampaikan hilangnya kehormatan kepada si suami sedangkan syurga kepada isteri dibawah tapak kaki suami dan ingatlah manusia ada tahap kesabarannya kerana suami pun juga mansisia biasa, jika si isteri tidak boleh tahan jika dia pula berada ditempat suami, maka fikir-fikirkan lah seorang lelalki terpakse menahan telinganya mendengar bebelan si isteri lebih banyak dari mendengar ceramah ilmu.

Yang pastinya masing-masing kena saling faham memahami, si isteri menghormati suami dan si suami menyayangi isteri yang telah ditentukan Allah kepadanya dan Insya'Allah kita keduanya-dua sentiasa mengikut panduan Islam melalui Al-Quran, maksud hadis serta hukum-hukum fiqah yang menadi tunjang kehidupan nescaya masalah rumahtangga tidak akan berlaku.

No comments: