ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Zuxce.blogspot.com...

Wednesday, May 5, 2010

..::definasi "CINTA"::..

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya.
 Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan
tetap menerangi kekadang ia juga gerhana
 tetapi akan kembali jua kecerahannya.
 Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa
cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa
menjiwai bagai layang-layang putus tali.
 Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia,
 paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun,
 tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan
antara satu sama lain. Tidak semua orang
yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap
ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap
 tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang
daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya
 cinta yang dibuat-buat. Sayang tidak
 bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan
cinta. Kagum tidak bererti cinta.
 Bangga tidak semestinya cinta.
 Cinta adalah CINTA . Cinta itu seperti
 sinar matahari, memberi TANPA mengharap
 kembali. Cinta itu seperti sinar matahari,
 TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
 Cinta itu seperti sinar matahari yang
 MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.. Cinta umpama
‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan
kita satu untuk menuju ke penamat yang
 paling mengembirakan. Namun di dalam
perjalanan kita akan menghadapi pelbagai
 rintangan dan cabaran. Andainya tidak
 mampu meneruskan, kita akan tersungkur
dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain.
 Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya
 tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya
 kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati.
 Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
 Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan,
 terlalu payah untuk dilupakan namun dalam
cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan
 walau bukan itu matlamat dalam setiap
 percintaan. Kadangkala orang yang paling
mencintaimu adalah orang yang tak pernah
menyatakan cintanya padamu kerana orang
itu takut kau berpaling dan menjauhinya.
 Dan bila dia suatu masa hilang dari
pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah
 cinta yang tidak pernah kau sedari….
 Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat
 kita gundah, cinta buat hati berdarah dan
cinta jua boleh membawa kesalan yang tak
 sudah

No comments: